Friday 26 January 2018

HARI KE EMPAT - CHIANG KAI SHEK, MAOKONG GONDOLA,TAIPEI 101, SHILIN NIGHT MARKET,

Harini ,kami bangun jam 8 pagi,mandi dan siap2 dan kami keluar pukul 9.30am.

CHIANG KAI SHEK


Untuk Harini, aku decide untuk pergi ke Chiang Kai Shek.. Tapi cuaca pada hari tu sangat panas, 35 degree. Kawasan sekitar Chiang Kai Shek ni, banyak cat putih, dataran depan chiang kai shek tu pon putih. Jadi bila matahari tengah terik memang sangat silau. Aku tak boleh nak bukak mata, dan berpeluh-peluh gila nak jalan ke bangunan tu dari train station... dari station ke chiang kai shek tu dekat je.. tapi sbb panas sgt. nk berjalan ke arah bangunan tu, sampai tak boleh bukak mata.. kiteorg dah tak sanggup nak meneruskan perjalanan dekat dataran tu makanya kiteorang berdiri di tengah-tengah dataran dan tangkap gambar dari jauh je dan tak masuk bangunan. Lepas tangkap gambar,kami duduk lepak-lepak bawah pokok dan di tepi kolam. Kat tempat ni sangat tenang, sebab ada ikan, ada burung dan ada jugak Nampak para pelajar university dari jurusan Art duduk situ dan melukis bangunan Chiang Kai Shek dari jauh. Seronok tengok diaorang melukis. Sambil-sambil tu, nia makan breakfast, aku x beli makanan sebab aku dah makan maggi pagi tu dan aku nak jimat,hahah .Jadi aku pun plan next destination..
Panas sangat, x boleh bukak mata. Bangunan Chiang Kai Shek tu yang belakang aku ni

Ini bangunan sekitar tempat tu

Sebab masa tu dah hampir dengan lunch hour. Aku decide untuk pergi ke one more restaurant halal. Restoran ni tak ada la dekat sangat dengan Chiang Kai Shek tu,aku rasa. Tapi disebabkan Taipei sangat well connected dengan MRT, jadi sangat mudah untuk pergi kemana-mana pon. Dan kiteorang pon nak tenang-tenang je harini.

RESTORAN HALAL BISMILLAH

Kami makan di Restoran Halal Bismillah, kedai makanan thai tapi Taiwanese muslim punya. Jadi kami makan tomyam dan nasi dan beberapa side dish. Restoran ni dekat je dengan train station dalam 500m maybe. Masa kami makan disana, kami jumpa dengan kumpulan Chinese Muslim dari Malaysia, mereka sangat friendly dan excited jumpa kitaorang. Sebab dia kata tak ramai melayu datang Taiwan. Mereka datang untuk tahu tentang orang Islam di Taiwan.

Makanan yang kami order di restoran ni



MAOKONG GONDOLA

Lepas makan, kami beli one day pass sekali dengan gondola di Maokong yang berharga TWD350. aku pening dah nak pikir mana pilihan yg termurah.. jadi aku decide amik je pass ni sebab mudah. Aku pilih untuk ke Maokong sebab di lebih relax sebab kaki nia still sakit. Tapi aku tak menyesal tuk ke sini, sebab cable car dia sangat panjang. dalam 4.3km dari bawah ke atas. Sepanjang perjalanan tu ,dalam gondola sangat sunyi dan tenang.Kawasan sekeliling penuh dengan pokok-pokok hijau dan boleh nampak bandar di kejauhan. Jadi untuk membunuh masa sepanjang perjalanan yang mengambil masa 30 minit tu, aku dan nia tangkap-tangkap gambar. Seronok tangkap gambar dengan Iphone 7 sebab lawa sangat yang portrait setting tu.

Masa dalam Gondola, ada keluarga Jepun jugak sekali dengan kiteorang, jadi aku pon teringin nak sembang sikit-sikit sebab lama kan perjalanan.Tapi aku takut dia tak tau English. So aku google la Bahasa jepun, Can You speak English?Lepas tu aku cakap kat dia “Eigo wakari masuka?”. Pastu dia cakap boleh-boleh sambil angguk-angguk kepala, jadi kitaorang sembang la sikit-sikit. Dah sampai kat atas tu, tak ada apa sangat. Maokong ni famous dengan teh. Nia teringin nak makan ice cream dekat situ. Tapi bila aku tanya dengan susah payah, ada tak gelatin dalam aiskrim tu, dia cakap ada.. Jadi kami x dapat nak makan apa-apa sebab x halal. Nia beli kentang dan jajan vegetarian dekat convenience store kat situ dan kiteorang pon duk la lepak atas tu, makan lagi.haha

Guna iphone lagi senang tangkap gambar lawa.hehe
Sampai atas x ada apa pon


Pastu kami cari tempat untuk solat. Time ni, portable wifi kiteorang dah nak habis bateri kene jimat-jimat sebab aku tertinggal cable.

TAIPEI 101

Next destination, Taipei 101. Dari depan Maokong station tu, aku nak naik bas, sebab kalau naik MRT kene banyak jalan, kaki nia still sakit.
So aku tanya local kat situ, bas mana nak naik. Memang ada route bas dan no bas kat station bas tu, tapi serabut dengan tulisan dekat map tu sebab sangat banyak bas yang lalu situ . Makanya, dari Maokong station to Taipei 101 boleh naik bas no 1,18 21. Dia akan sampai betui2 kat Taipei 101.

Tiket TAIPEI 101 aku beli di KLOOK RM65 seorang, dapat promo code daripada hotel yang kiteorang stay tu.


Dekat bawah Taipei 101 ni ada premium outlet la. Nia teringin nak beli handbag Longchamp kat situ. Tapi memang handbag kat sini lagi mahal dari Malaysia punya.. Maybe sebab currency Taiwan lagi tinggi, jadi harganya lagi mahal. Tapi semangat la orang tu melayan nia.. aku ikut je la..





Lepas tu nia nampak LV outlet. Dia nak masuk.. Ya Allah aku malu nak masuk LV, sebab pakaian kiteorang pon biasa-biasa je.
Aku cakap “Nia tak payah la masuk nia, aku malu. Nanti ko kene tangkap dengan bag fake ko.haha” Sebab aku ada baca cerita orang kene tahan kat London sebab pakai beg fake ,mana tau Taiwan pon sama. Tapi aku tak dilayannya..haha

Nia dengan muka tak malu masuk dan tengok-tengok..Dia bukan takat tengok-tengok je siap tanya nak pegang dompet dalam display tu. Nia sebenarnya nak compare, LV fake dia ada beza tak dengan LV original. Haha Dompet dia tu, kat Guangzhou ratus je kot, tapi kat LV hampir RM5000 ok. Dompet je tau, yang panjang-panjang tu.. and memang tak de beza yang ketara pon dompet dia dengan dompet Guangzhou..haha

So lepas jalan-jalan di mall tu, kami nak naik ke observatory, walaupun kami dah beli tiket online, kami still kene beratur macam orang biasa untuk dapatkan printed tiket. Lepas dapat tiket, kami kene beratur panjang lagi, nak turun pon kene beratur panjang.. Kami sampai sana dekat nak malam jugak.. dan tak ada apa yang menarik sangat dekat atas tu.
Pada pendapat jujur aku la kan, aku tak rasa pergi Taipei 101 berbaloi, sebab mahal dan penat beratur je. Tapi dapat la merasa naik lift terpantas di dunia, kita naik sampai tingkat 89 hnya amik masa 43 saat jd.. Dan belajar tentang building dampener serta sejarah pembinaan Taipei 101. Sebab aku dah bayar mahal, jadi aku makesure la aku belajar something..

Di atas Taipei 101
View malam di Taipei


SHILIN NIGHT MARKET

Destinasi terakhir kami pada hari keempat ni ialah Shilin Night market , turun di :  Jiantan Station,line merah, exit 1. Dalam train aku terpaksa melayan orang mabuk sembang ayam itik.. Nia kata jangan layan.. Tapi aku kesian..hahaha agak bodoh di situ.

Mungkin sebab kiteorg datang lewat sangat, dan dah penat, kiteorg tak cover banyak.. tak jumpa makanan vegetarian banyak.. dinasihatkan, untuk Muslim datang sekadar nak tengok je. Kalau niat nak makan, susah sikit nak cari, plus makanan mahal la. Kami agak lapar jugak sebab ingat ada la bende boleh di makan kat sana..


Susu goreng



Cendawan grill je

Makanan yang kiteorang dapat makan ialah susu goreng, sedap sangat ..cendawan grill lepas tu kiteorang shopping souvenir. Kami gerak nak balik ke hotel jam 12 malam sebab kiteorang ingat train terakhir dri Jiantan station  pukul 12, maka berlari la kami, dengan nia kaki sakitnya nak kejar last train, sebab Shilin ni jauh jugak dri hotel, naik teksi bankrupt.. Tapi rupanya train terakhir dari station ni ialah 12.30am.

The end of day 4

Untuk ke hari kelima dimana saya membuat kesimpulan sepanjang perjalanan saya (
DAY 5 - KLIK SINI)


DAY 1 & 2 - KLIK SINI
DAY 3 -  KLIK SINI
DAY 4 - KLIK SINI
DAY 5 - KLIK SINI
SUMMARY BAJET KE TAIWAN - KLIK SINI

No comments:

Post a Comment